



Selamat datang ke laman rasmi​​
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal​ Dan Pembersihan Awam​
Negeri Perlis​
Program Kitar Semula Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember 2000 di Pusat Membeli-belah Mid Valley oleh YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Pelbagai pihak turut terlibat dalam program ini seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Syarikat Konsesi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat swasta, Institut Pengajian Tinggi, sekolah dan sebagainya.
Kenterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan bahawa 11 November pada setiap tahun merupakan Hari Kitar Semula Kebangsaan. Pada masa kini , kadar kitar semula di Malaysia ialah pada kadar 5%. Kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti negara German ( 74 % ), Belgium ( 71 % ), Austria ( 67 % ) dan Belanda ( 66 % ). Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah mensasarkan pencapaian kadar kitar semula di Malaysia pada kadar 22 % menjelang tahun 2020. Bagi memastikan program kitar semula mencapai matlamat yang telah ditetapkan maka pengurusan sisa pepejal yang menekankan konsep dan amalan 3R perlu dilaksanakan dengan berkesan.
Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hirarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan.
DEFINASI REDUCE ( PENGURANGAN )
​
DEFINASI REUSE ( PENGGUNAAN SEMULA )
​
DEFINASI RECYCLE ( KITAR SEMULA )
​
​
​
​PROGRAM KITAR SEMULA DI PERLIS
​​
Objektif program ini ialah untuk :-
​
1) Meningkatkan tahap kesedaran dan kepentingan aktiviti kitar semula kepada peringkat awal kanak–kanak melalui program Bank Kitar Semula di Tadika dan Sekolah.
​
2) Menggalakkan para pelajar menabung melalui hasil jualan kitar semula.
​
3) Meningkatkan penglibatan pelbagai pihak seperti NGO's, agensi kerajaan, dan persatuan penduduk melalui aktiviti kitar semula di komuniti.
​
4) Mengeratkan silaturrahim di antara penduduk dan menjana pendapatan penduduk.
5) Menggalakkan orang awam mengamalkan kitar semula sambil ke pasaraya untuk membeli belah melalui Program Drive-Thru 3R di Mydin Mall.
6) Menggalakkan pekerja di pejabat mengamalkan aktiviti kitar semula melalui program kitar semula di pejabat kerajaan.
BANK KITAR SEMULA DI SEKOLAH
Secara keseluruhannya, sebanyak 8 sekolah terlibat dengan program ini. Sekolah yang terlibat ialah :-
Sekolah Rendah Sekolah Menengah
SRK Changkat Jawi SMK Dato Ali Ahmad
SRK Jejawi SMK Kuala Perlis
SRK Jalan Syed Alwi SMK Syed Alwi
SMK Sanglang SMK Sanglang
​
​
KITAR SEMULA​