top of page

PIAGAM PELANGGAN

  • Bayaran kepada pembekal dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh  penerimaan dokumen tuntutan yang lengkap.​
  • Memberi akuan penerimaan aduan atau tindakan yang telah diambil dalam tempoh 24 jam bekerja.​
  • Kerja-kerja pembersihan jalan protokol dilakukan pada setiap hari, jalan utama / komersil dilakukan 6 kali seminggu, jalan industri dilakukan sebulan sekali dan jambatan pertanian atau terowong dilakukan pada setiap hari.​
  • Semua longkang dibersihkan dalam masa 30 hari satu pusingan dan longkang besar sekurang kurangnya setahun sekali.
  • Memastikan pemotongan rumput dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali di kawasan tumpuan orang ramai dan kawasan pekan dan 21 hari pusingan di taman permainan, kawasan lapang, bahu jalan, padang dan tempat awam.
  • Memastikan semua Pasar Awam, Pusat Penjaja, Tandas Awam, Pantai Awam dan tempat awam dibersihkan setiap hari.​
  • Memastikan sisa domestik diangkat sekurangnya 2 kali seminggu dan sisa pukal barangan kitar semula dikutip seminggu sekali.

PENAFIAN : Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam tidak bertanggungjawab diatas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman ini.​

bottom of page