



Selamat datang ke laman rasmi​​
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal​ Dan Pembersihan Awam​
Negeri Perlis​

PERUTUSAN PENGARAH​
PERUTUSAN PENGARAH​
​Terima kasih kerana melayari laman web rasmi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Negeri Perlis. Adalah menjadi hasrat agar laman web ini dapat memberi maklumat kepada orang ramai mengenai fungsi, peranan dan aktiviti Perbadanan di samping menjadi salah satu penghubung bagi mendapatkan maklumbalas dan pandangan.​
Fungsi Perbadanan ialah memastikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam sentiasa baik dan ditingkatkan dari semasa ke semasa. Melalui fungsi tersebut beberapa aktiviti seperti mengawalselia prestasi syarikat-syarikat yang membekalkan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, penguatkuasaan undang-undang, program kitar semula dan kesedaran awam serta melesenkan semua syarikat yang menjalankan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam merupakan tugas utama Perbadanan.​
Kami sentiasa bersedia menggalas tanggungjawab ini dengan penuh komited dan amanah. Prestasi kerja akan sentiasa ditingkatkan agar perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dapat diberikan dengan sempurna.
Pandangan dan cadangan daripada semua pihak adalah sangat dialu-alukan dalam usaha Perbadanan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan hasrat 'Menjadikan Malaysia Sebuah Negara Bersih Dan Sejahtera' dapat direalisasikan bersama.
Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua warga kerja PPSPPA Negeri Perlis yang telah memberikan sumbangan dan komitmen berterusan dalam usaha menuju kecemerlangan perkhidmatan yang diberi. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perlis, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Agensi-agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan orang perseorangan di atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan.
BIODATA​
ZAIDI BIN TUAH, telah dilantik sebagai Pegawai Penguatkuasa Perbadanan pada 4 Mei 2009. Mempunyai kelulusan dalam bidang Diploma Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Pembinaan, Fakulti Perancangan, Senibina dan Ukur, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pemantau Harga di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Cawangan Sandakan, Sabah. Beliau merupakan penerima anugerah Kepimpinan Terbaik kategori Pegawai Penguatkuasa semasa Kursus Asas Penguatkuasa Siri 2/2009 di Kuala Kubu Bharu, Selangor.