



Selamat datang ke laman rasmi​​
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal​ Dan Pembersihan Awam​
Negeri Perlis​
Profile PPSPPA Perlis
Selamat datang ke laman sesawang PPSPPA Perlis. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam atau lebih dikenali sebagai PPSPPA adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta 673 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam. PPSPPA secara rasminya telah ditubuhkan pada 1 Jun 2008 di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
PPSPPA Perlis memulakan operasi pada 20 Mei 2009 dengan kekuatan anggota hanya seramai 9 orang yang beroperasi di Tingkat 3, Bazar Majlis Perbandaran Kangar yang terletak di Jalan Kangar Arau.
​
Pada masa kini, PPSPPA Perlis beroperasi dengan kekuatan seramai 28 orang anggota yang terdiri dari pelbagai jawatan.
